5 SOALAN & CADANGAN JAWAPAN DI MASJID SHAH ALAM (SABTU; 16/4/2011)
Kepada para sukarelawan hari Sabtu nanti. Berikut adalah beberapa FAQ (Frequenly Asked Questions) dan cadangan jawapannya.
1. Apa Itu Dinar & Dirham?
Dinar (wang emas) & dirham (wang perak) adalah wang syariah yang ada termaktub dalam Al Quran & As Sunnah. Sila rujuk PAMPHLET untuk foto dan spesifikasi berat, diameter, ketulenan dan denominasi. Sukarelawan digalakkan membawa dirham/dinar bersama; agar peniaga dapat memegang wang syariah tersebut.
2. Kenapa Peniaga Perlu Menggunakan Dinar & Dirham?
Mengapa tidak? Dinar & dirham adalah wang halal; jika peniaga berdagang barang halal, pastinya peniaga sudi terima wang halal. “HALAL GOODS, HALAL MONEY”. Katakan kepada peniaga bahawa penggunaan dinar & dirham adalah salah satu tanda kasih kita kepada Allah dan baginda Rasul SAW.
Isu ekonomi seperti wang kertas, inflasi, legal tender, fractional reserve banking hanya dijelaskan jika perlu.
3. Bolehkah Peniaga Menukarkan Dinar & Dirham Jika Terdesak?
Boleh. Sila hapuskan kebimbangan peniaga dengan foto laman webhttp://www.pkb.net.my/arrahn/ index.php yang mempamerkan harian jualan/belian dinar & dirham.
Sukarelawan dharap hadir awal untuk taklimat khidmat SMS harian harga dinar &dirham; khabarnya cuma RM10, untuk langganan 1 SMS sehari selama setahun. Khidmat ini memudahkan peniaga dan pelanggan bermuamalah, inshaallah.
4. Dimanakah Peniaga Boleh Mendapatkan Dinar & Dirham?
Dari Saudagar Dinar & Dirham yang hadir pada Sabtu nanti! Diharap ramai yang hadir membantu.
ATAU dapatkan di rangkaian PKB terdekat di http://www.pkb.net.my/arrahn/ rangkaian.html (lebih bagus kalau boleh tunjukan foto).
ATAU jadilah ahli Facebook “DINAR DAN DIRHAM” untuk bertanya lokasi Saudagar Dinar & Dirham terdekat.
5. Kenapa Para Sukarelawan Sibuk Berdinar Dirham; What Do You Want ?
WE WANT ALLAH. Sukarelawan berdinar dirham kerana kasih kepada ALLAH dan Rasul SAW. Dinar dan dirham halal. Rasul SAW bermuamalah dengan dinar dan dirham. Kami pun ingin bermuamalah dengan dinar dan dirham………….AND WE NEED YOUR HELP, DEAR TRADERS.
Media Kit di... http://www.facebook.com/album. php?id=1603841846&aid=2097771
“It is enough reward for an action that He considered you worthy of performing it.”
- Shaykh Ibn 'Ata'llah al-Iskandari.